Cip Pemprosesan Yang Menguasakan Konsol PlayStation 5 Diperlihatkan

Diterbitkan pada Feb 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang sedia maklum, konsol-konsol permainan moden seperti Sony PlayStation 5 dan Xbox Series X dan Series S dikuasakan oleh cip pemprosesan yang dibangunkan dengan kerjasama AMD.

SoC, ataupun System on a Chip tersebut menggabungkan kuasa pemprosesan komputer AMD Zen 2 dan pemprosesan grafik RDNA 2 membolehkan konsol-konsol ini hadir dengan bukan sahaja kuasa pemprosesan yang mampu menggerakkan grafik permainan pada tetapan dan resolusi 4K, tetapi juga hadir dengan sokongan untuk ciri-ciri tambahan.

Terkini, gambar SoC untuk konsol Sony PlayStation 5 telah diperlihatkan oleh Fritzchens Fritz di Twitter, dan melaluinya, dapat dilihat bahawa AMD telah membuang sejumlah ciri pemprosesan yang tidak diperlukan oleh konsol ini, termasuklah Fixed Function Units (FFU) dan Fused Multiply-Add (FMA/FMADD).

Sony menggunakan cecair logam sebagai cara untuk menyejukkan komponen ini, dan ia juga dapat dilihat bahawa Sony telah menggunakan sebuah bahan penghadang untuk memastikan ianya tidak tertiris ke bahagian komponen lain yang akan menyebabkan renjatan elektrik.

Apabila cip pemprosesan ini dibangunkan, AMD memberinya nama samaran Flute, manakala Sony menamakannya Oberon ataupun Ariel. Seperti yang dikatakan sebelum ini, konsol PlayStation 5 mampu menggerakkan permainan-permainan moden pada resolusi 4K 120FPS dan juga hadir dengan sokongan untuk ciri Ray-tracing terbina.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami