Jaguar Akan Mengeluarkan Kereta Elektrik Sahaja Menjelang 2030

Diterbitkan pada Feb 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Satu demi satu syarikat pengeluar kenderaan mula berkongsi perancangan mereka untuk menjadi lebih mesra alam dengan teknologi lestari. Kini giliran Jaguar pula mengumumkan mereka akan hanya mengeluarkan kenderaan elektrik menjelang 2030.

Ini bermakna dalam masa terdekat, Jaguar dan Land Rover tidak lagi akan sinonim dengan kenderaan berenjin petrol. Land Rover akan mengeluarkan kenderaan elektrik pertama mereka pada tahun 2024 di bawah siri Range Rover, Discovery dan Defender. Jaguar juga menyasarkan menjadi syarikat sifar karbon menjelang 2039. Segala aspek operasi, pengilangan dan rantaian bekalan akan menggunakan sumber kuasa lestari.

Selain Jaguar, Bentley yang juga sebuah syarikat mewah dengan pedigri kenderaan berenjin petrol juga akan mengeluarkan kenderaan elektrik sahaja menjelang 2030. Bagi kita di Malaysia, syarikat tempatan manakah pula yang akan mempunyai perancangan yang sama?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami