Cari @ Amanz

Teka-teki akhirnya terjawab apabila siri Redmi Note 10 disahkan akan diperkenalkan secara rasmi pada 4 Mac 2021. Perkara ini dikongsi sendiri oleh pihak Redmi India menerusi ciapan di Twitter rasmi mereka, sebentar tadi. Difahamkan, pelancaran peranti ini akan diadakan secara global.

Tetapi sayangnya, pihak Redmi dilihat masih lagi cuba untuk berteka-teki mengenai penawaran pada peranti berkenaan. Sebaliknya, mereka sekadar menjanjikan sesuatu pengalaman penggunaan lebih baik untuk siri kali ini. Pada masa sama, Redmi turut menyatakan lebih daripada 200 juta peranti di bawah siri Redmi Note telah dipasarkan secara global setakat ini.

Dengan perkongsian ini kita boleh menyasarkan lebih banyak butiran lanjut mengenainya bakal dikongsi dalam masa terdekat ini. Malah terdapat khabar angin yang mendakwa peranti ini telah melepasi pengesahan SIRIM. Tapi Seperti biasa, kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini lebih lanjut mengenai peranti pintar ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd