Telegram merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang popular, dan digunakan ramai. Seperti WhatsApp, pelbagai media dihantara dan diterima melalui Telegram, dan kadang-kala membuatkan ia menggunakan ruangan storan yang banyak pada telefon pintar pengguna.
Untuk menjimatkan ruangan storan yang digunakan, pengguna boleh melakukan beberapa perubahan pada tetapan, dan menjimatkan penggunaan storan oleh aplikasi Telegram pada telefon pengguna.
Yang pertama, anda boleh mengehadkan media yang dimuat-turun secara automatik. Untuk melakukannya, pergi ke halaman Settings > Data and Storage dan matikan ciri muat-turun media secara automatik.

Dengan langkah ini, ia akan mengelak Telegram daripada memuat-turun sesuatu gambar atau video secara automatik apabila dihantar kepada anda – dan hanya muat-turun apabila anda arahkan. Ini akan membawa penjimatan yang besar, terutamanya untuk Telegram Groups yang aktif.
Disamping itu, anda juga turut boleh nyah-aktifkan ciri “Save To Gallery” untuk elak ia menyimpan semua terus ke galeri telefon pintar anda. Untuk tujuan ini, anda boleh ke Settings > Chat Settings > Save to Gallery.
Harap langkah mudah ini dapat menjimatkan penggunaan storan anda pada telefon, dan mengelak Telegram menggunakan ruangan storan yang banyak pada peranti.