Cari @ Amanz

SHAREit merupakan salah satu aplikasi popular yang digunakan ramai dalam memudahkan pemindahan fail antara peranti Apple. Apa pun, terbaru, Trend Micro melaporkan terdapat kerentanan yang ditemui pada aplikasi berkenaan.

Menurut Trend Micro, kerentanan ini membenarkan penyerang pihak ketiga untuk mmengakses dan memanipulasi data pada peranti pengguna – termasuk untuk memuat-turun dan mencuri fail dari peranti pengguna.

Trend Micro menekankan yang mana kerentanan ini mungkin tidak disengajakan, dan telah memaklumkan pihak Google berkenaan dengan kerentanan pada aplikasi ini. Pembangun aplikasi turut telah diberitahu, dan kini berkongsi penemuan ini secara awam selepas tiga bulan.

Buat masa ini, pihak SHAREit masih belum memaklumkan berkaitan telah menyelesaikan masalah ini melalui kemaskini terbaru atau sebaliknya.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, dan inginkan aplikasi untuk melakukan pemindahan fail, mungkin boleh mencuba beberapa alternatif lain untuk sementara waktu – termasuk aplikasi Files daripada Google sendiri.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd