Cari @ Amanz

Carl Pei, pengasas Nothing sedia hadir dengan sebuah syarikat baharu dinamakan Nothing. Ia dijangka memfokuskan kepada penawaran produk pintar untuk gaya hidup pintar.

Selari dengannya, terbaru Nothing turut mengumumkan program biayasama, sekaligus membolehkan orang ramai turut melabur dan menjadi sebahagian daripada Nothing.

Dengan langkah ini, Nothing memberikan anda menjadi sebahagian daripada pemegang dalam syarikat Nothing – dan bukan sekadar pengguna semata-mata.

Nothing akan membuka peluang untuk komuniti melabur sehingga $1.5 juta. Pada masa yang sama, ahli komuniti turut boleh memilih seorang wakil untuk memastikan Nothing beroperasi selari dengan apa yang diinginkan pengguna.

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pendaftaran minat pada laman Nothing hari ini, dan boleh melakukan pelaburan bermula 2 Mac 2021 kelak.

Bagi anda sendiri, adakah anda akan melabur pada Nothing?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd