Aplikasi Produktiviti Microsoft Office Kini Ditawarkan Untuk iPad

Diterbitkan pada Feb 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft Office boleh dikatakan perisian produktiviti pejabat yang paling berkuasa di pasaran sekarang ini, dan disokong oleh pelbagai jenis platform, termasuklah Microsoft Windows, Android, iOS dan MacOS.

Terkini, Microsoft nampaknya telah memperkenalkan aplikasi Microsoft Office untuk peranti-peranti iPad, dimana ia menyokong fail-fail Office utama, seperti Word, Excel dan juga Powerpoint.

Sebelum ini, Microsoft sudahpun memperkenalkan ketiga-tiga perisian tersebut secara kendiri, tetapi kini, aplikasi Office membolehkan pengguna mengakses akaun Office 365 mereka dan membuka semua fail-fail ini menggunakan satu aplikasi sahaja.

Bagi mereka yang menggunakan platform Microsoft Office untuk tujuan produktiviti harian mereka, aplikasi Microsoft Office untuk iPad adalah cara yang cepat dan mudah untuk mengakses dan mengolah dokumen, fail persembahan dan sebagainya tanpa perlu menggunakan komputer, tetapi dengan peranti yang lebih besar daripada peranti pintar anda.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami