Carian
Corsair Mengambil-alih Syarikat Rekaan Templat Digital Visuals By Impulse
February 17, 2021 Nazrin

Ia boleh dikatakan bahawa industri penstriman atas-talian, khususnya seperti yang dilihat melalui perkhidmatan seperti Facebook, Twitch dan YouTube adalah sebuah industri bernilai beratus juta ataupun berbilion dolar yang akan terus meningkat.

Corsair, jenama gaming yang tidak asing lagi dilaporkan telah mengambil-alih platform rekaan templat digital Visuals By Impulse, dimana artis-artis penstrim boleh membeli pelbagai templat digital khusus untuk saluran penstriman mereka, dari latar belakang ke emote dan sebagainya.

Jika anda mengikuti perkembangan industri ini, Visuals By Impulse adalah sebuah jenama yang terkenal, dan mempunyai lebih 20,000 pelanggan daripada penstrim popular sehinggalah jenama-jenama gaming yang menggunakan perkhidmatan mereka untuk melengkapkan pengalaman menstrim dengan aset-aset digital premium.

Visuals By Impulse akan diletakkan dibawah jenama Elgato, sebuah lagi jenama yang terkenal dikalangan gamer dan penstrim untuk tujuan merakam permainan dan juga memudahkan proses penstriman.

Komen