Cari @ Amanz

Hublot ialah jam tangan mewah yang digemari golongan elit dan ahli politik yang bergaya. Tiga tahun lalu mereka muka memasarkan jam tangan pintar Wear OS sempena Piala Dunia 2018 sebelum model Hublot Big Bang e dilancarkan tahun lalu dengan spesifikasi lebih baik

Hari ini Hublot Big Bang e Premier League pula dilancarkan sebagai edisi khas Big Bag e dengan rekaan bertemakan Liga Perdana Inggeris. Hublogt ialah antara penaja rasmi liga. Spesifikasi masih lagi sama iaitu dilengkapi skrin bulat 1.4″ AMOLED nilam dengan tubuh sebesar 42mm, dijana cip Snapdragon Wear 3100, memori sebesar 1GB, memori sebesar 8GB dan bateri sebesar 300 mAh.

Tubuh dan talinya berwarna ungu rasmi liga dan muka jam berlogo singa Premier League. Ciri unik yang disokong pada jam ialah ia akan memberitahu bilakah permainan liga seterusnya akan berlangsung serta pelbagai notifikasi mengenai gol yang dijaringkan, kad kuning, kad merah dan pertukaran. Selari dengan teknologi semasa, jam juga boleh memberitahu keputusan VAR yang sedang berlaku di atas padang.

Hanya 200 utas Hublot Big Bang e Premier League akan dihasilkan dengan beberapa edisi lebih terhad diberikan kepada pengadil liga. Bagi yang berminat, setiap jam dijual pada harga $5200 (~RM21,000).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd