Siri Anime DOTA : Dragon’s Blood Akan Tiba Ke Netlix Mac Ini

Siri Anime DOTA : Dragon’s Blood Akan Tiba Ke Netlix Mac Ini

Diterbitkan pada Feb 17, 2021 oleh .

Jika Disney+ menggunakan kesemua IP komik Marvel mereka untuk dijadikan siri dan filem, platform lain perlu lebih kreatif untuk mencari lombong lain untuk digali sumber ideanya. Netflix kini mempunyai reputasi mengadaptasi permainan video selepas mengumumkan siri Assassin’s Creed dan The Witcher. Permainan video seterusnya yang akan di-Netflix-kan ialah Dota.

Siri DOTA : Dragon’s Blood akan hadir ke platform penstriman ini pada 25 Mac dengan lapan episod untuk musim pertama. Siri akan berkisar pengembaraan Davion seorang kesatria naga dengan Puteri Mirana di dalam dunia fantasi Dota.

Siri menerima sentuhan Ashley Edward Miller yang terlibat dalam pembikinan siri Fringe, Terminator : The Sarah Connor Chronicle dan filem X-Men First Class. Proses animasi pula adalah oleh Studio Mir yang terlibat dalam pembikinan The Legend of Korra, The Boondocks dan Voltron : Legendary Defender.


Paling Popular