Individu Yang Menolak Vaksin Covid-19 Di Malaysia Akan Dihadkan Pergerakan

Individu Yang Menolak Vaksin Covid-19 Di Malaysia Akan Dihadkan Pergerakan

Diterbitkan pada Feb 17, 2021 oleh .

Pelbagai data kini menunjukkan vaksinasi Covid-19 berjaya menghalang jangkitan baharu dan kematian. Di Israel misalnya, penyebaran simptomatik berjaya dihalang sehingga 94% sejak negara tersebut memulakan langkah vaksinasi. Tetapi di Malaysia wujud gerakan anti vaksin yang menuduh vaksin Covid-19 mengandungi cip mikro dan adalah agenda illuminati.

Mereka tegas menolak Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan yang akan bermula 26 Februari kelak. Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan individu yang menolak vaksin akan dihadkan pergerakan mereka di luar rumah. Mereka mungkin akan dihalang dari memasuki premis perniagaan dan juga restoran.

Langkah drastik ini perlu diambil bagi memastikan sebilangan kecil insan yang degil ini tidak akan membahayakan nyawa orang ramai. Ia tindakan yang kami rasakan wajar kerana kita sudahpun melihat bahayanya gerakan anti vaksin ini di Malaysia. Di Kedah misalnya anak kecil terkorban kerana penyakit difteria yang boleh dibanteras. Sementara itu di Sabah penyakit polio wujud semula kerana komuniti yang tidak menerima vaksin.


Paling Popular