IDC : Pegangan Pasaran Chrome OS Melangkaui MacOS Pada 2020

IDC : Pegangan Pasaran Chrome OS Melangkaui MacOS Pada 2020

Diterbitkan pada Feb 17, 2021 oleh .

Dengan pembelajaran dan bekerja dari rumah yang semakin popular disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan, ia turut membawa kepada peningkatan jualan peranti – terutamanya pada harga mampu milik. Ini sekaligus membawa kepada peningkatan jualan komputer riba berasaskan Chrome OS.

Terbaru, menurut data IDC 2020 (melalui GeekWire) yang dikeluarkan untuk koputer riba, desktop dan juga workstation, ia memperlihatkan penggunaan sistem operasi Chrome OS telah melangkaui pegangan pasaran MacOS pada 2020 yang lepas.

Data berkenaan mmemperlihatkan Chrome OS meningkat kepada pegangan pasaran sebanyak 10.8% pada 2020, dibandingkan dengan macOS sebanyak 7.5% pada 2020.

Kedua-dua sistem operasi berkenaan memperlihatkan peningkatan pada 2020, sementara Windows menurun kepada pegangan keseluruhan sebanyak 80.5% pada 2020 yang lepas.

Pada 2020 yang lepas, kita telah melihat sejumlah penawaran Chromebook di pasaran, termasuk oleh Acer, Asus, Dell, HP dan juga Lenovo – sekaligus mencuri pegangan pasaran Windows, serta melangkaui pegangan pasaran Apple Macbook.


Paling Popular