Jeff Bezos Merampas Kembali Takhta Manusia Terkaya Dunia Dari Elon Musk

Diterbitkan pada Feb 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pengasas dan CEO Amazon, iaitu Jeff Bezos kini telah merampas kembali takhta manusia terkaya dari Elon Musk.

Peralihan ini adalah disebabkan oleh harga saham Tesla yang menurun sedikit – sekaligus membawa Jeff Bezos menerajui kembali senarai manusia terkaya dunia.

Jeff Bezos sebelum ini sedia memegang takhta manusia terkaya dunia sejak 2017 yang lepas, dan ia telah dirampas oleh Elon Musk disebabkan peningkatan harga saham Tesla pada Januari 2021 lepas.

Sebelum ini, Jeff Bezos telah mengumumkan beliau akan meninggalkan jawatan kepada Andy Jassy kelak pada tahun ini. Dengan meninggalkan jawatan utama di Amazon, beliau akan dapat memberikan lebih fokus terhadap beberapa syarikat lain – termasuk Blue Origin untuk eksplorasi angkasa.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami