Cari @ Amanz

Bulan Ogos tahun lepas, akhirnya fungsi Nearby Share diaktifkan kepada pengguna peranti Android. Nearby Share adalah sistem perkongsian fail seakan AirDrop, ia adalah jawapan Google kepada Apple. Disember tahun lepas, Google mengumumkan yang Nearby Share kelak turut membenarkan pengguna berkongsi aplikasi dari satu peranti ke peranti yang lain.

Terkini, fungsi ini telah diaktifkan. Lebih memudahkan pengguna, fungsi ini terus terbina di dalam Play Store. Pada bahagian My apps & games, pilih tab Share, tekan Send atau Receive (untuk menerima aplikasi), pilih aplikasi dan tekan ikon berwarna hijau yang berada di bahagian atas untuk hantar. Penerima harus tekan Receive.

Apa yang menarik adalah, fungsi ini tidak memerlukan sebarang sambungan Internet. Kemudian aplikasi yang dikongsi akan terus dipasang semasa masih berada dalam menu kongsi tadi. Malah, menurut 9to5Google proses ini lebih pantas dari memuat turun aplikasi dan memasang dari Play Store. Aplikasi juga tidak dihadkan berapa banyak boleh dikongsi, jadi jika anda ingin cepat menggunakan sesuatu aplikasi – cari rakan yang sudah memasang aplikasi ini dan gunakan fungsi ini untuk pasang aplikasi tersebut pada peranti anda sendiri.

Fungsi ini dilihat diedarkan melalui kemaskini dari bahagian pelayan. Ia sudah boleh digunakan pada peranti Realme X7 Pro yang sedang saya gunakan. Peranti anda bagaimana?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd