Carian
Xiaomi Mi 11 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 25 Februari
February 18, 2021 Effi Saharudin

Adakah anda sudah bersedia untuk memiliki peranti Snapdragon 888 pertama di Malaysia? Xiaomi Malaysia mengesahkan Xiaomi Mi 11 akan akhirnya dilancarkan di negara kita pada 25 Februari hadapan secara atas talian.

Selain cip yang amat berkuasa, Xiaomi Mi 11 turut dinantikan kerana saban tahu mereka mampu menawarkan peranti mercu pada harga yang lebih mampu milik berbanding pesaing.

Xiaomi Mi 11 menggunakan skrin 6.81-inci AMOLED dan menawarkan paparan pada resolusi 2K, kadar segar semula mencapai 120Hz, dijana cip Snapdragon 888, memori sehingga 12GB LPDDR5, storan sehingga 256 UFS 3.1, bateri 4600mAh dengan pengecasan 55W dan sistem audio Harman Kardon.

Untuk rakaman gambar, Xiaomi Mi 11 hadir dengan sensor utama 108-mmegapixel dengan sokongan OIS, ditemani sensor 13MP ultra-lebar dan makro 5-megapixel sementara kamera swafoto pula sebesar 20MP. Di China peranti ditawarkan pada harga lebih rendah dari RM3000 sebuah. Apakah pula agaknya harganya di Malaysia kelak?

Komen