Cari @ Amanz

Fon telinga nirwayar kini menjadi aksesori wajib. Terdapat banyak pilihan di pasaran tetapi sebahagian besarnya tidak mempunyai sentuhan feminin. Nova H1 ialah sepasang anting-anting yang juga berfungsi sebagai sepasang fon telinga nirwayar.

Fon telinga ini tidak disumbat ke dalam lubang telinga yang membolehkan audio luar didengari. Dia mempunyai tubuh yang diperbuat daripada perak atau emas dan kemasan mutiara sebenar. Dengan sekali caj ia boleh berfungsi selama 3.5 jam sebelum perlu dimasukkan semula ke dalam pod pengecasnya tersendiri. Pod pengecas memberikan 20 jam lagi bateri tambahan.

Seperti kesemua fon telinga nirwayar di pasaran, pengguna boleh menyeru pembantu maya apabila ditambat pada telefon pintar. Dua versi ditawarkan – satu untuk pengguna yang telinga bertindik dan versi klip untuk yang tidak bertindik.

Novo H1 sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama KickStarter dan boleh disokong pada harga €295 (~RM1438) sepasang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd