Sony Akan Membuka Gelombang Ke-3 Tempahan PlayStation 5 Pada Malam Ini, Melalui Lazada
February 18, 2021
e-Permainan
Sony
Aman
Sony Malaysia kini mengumumkan mereka akan memulakan gelombang ketiga untuk pra-tempahan konsol PlayStation 5 bermula 19 Februari 2021.
Berbeza dengan sebelum ini, pra-tempahan konsol PlayStation 5 untuk gelombang ketiga akan dilakukan secara atas-talian melalui Lazada.

Seperti ramai sedia maklum, konsol PlayStation 5 ditawarkan pada harga berula RM1869 untuk versi digital, dan RM2299 untuk versi Blu-ray.
Bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-tempahan PlayStation 5 bermula tengah malam ini, dan elak daripada membayar lebih untuk mendapatkan konsol berkenaan di Malaysia.
[info]Tempah : Sony di Lazada[/info]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.