Cari @ Amanz

Aplikasi e-dompet, Boost kini mengumumkan kerjasama baharu dengan pihak Lazada dan McDonald’s dalam usaha menggalakkan penggunaan yang lancar sesama penyedia perkhidmatan digital. Melalui kerjasama ini, para pengguna boleh membuat pembayaran di Lazada atau McDonald’s menggunakan dompet digital berkenaan.

Untuk menggunakan ciri pembayaran Boost di Lazada, pengguna perlu log masuk menggunakan nombor telefon berdaftar dan PIN 6 digit akaun aplikasi Boost setelah selesai mengisi keranjang membeli-belah. Seterusnya, ciri pembayaran Boost di McDonald’s pula – boleh digunakan untuk pembayaran dalam talian dan juga pembelian dalam kedai.

Selari dengan pegumuman ini, Boost turut hadir dengan tawaran menarik buat para pengguna. Di mana, pengguna boleh menikmati diskaun sebanyak RM5 untuk pembelian minimum RM50 di Lazada. Promosi ini akan berjalan bermula 19 sehingga 28 Februari kelak. Sementara itu, rebat tunai bernilai RM5 pula diberikan untuk pembelian minimum RM25 di McDonalds – sama ada di mana-mana cawangan McDonald’s seluruh Malaysia atau dalam talian melalui McDelivery.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd