BigPay, salah satu dompet digital dan perkhidmatan kewangan yang popular, kini telah memperkenalkan sokongan membuat tambah-nilai secara tunai. Ini memberikan alternatif dan kelebihan untuk BigPay berbanding dompet digital lain yang masih mengehadkan tambah-nilai menggunakan kad kredit atau debit sahaja.
Untuk tujuan ini, BigPay bekerjasama dengan pihak 7-Eleven – sekaligus membolehkan pengguna BigPay membuat tambah-nilai secara tunai di lebih 2,400 lokasi 7-Eleven seluruh negara.
BigPay turut mengatakan langkah ini boleh memastikan tiada siapa yang tidak tertinggal dalam peralihan ke arena dompet digital.
Pada masa yang sama, BigPay turut mengesahkan mereka berminat dalam mendapatkan lesen bank digital untuk operasi di Malaysia.