Unit Bergerak Turut Akan Digunakan Untuk Memvaksin Individu Di Tempat Tinggal

Unit Bergerak Turut Akan Digunakan Untuk Memvaksin Individu Di Tempat Tinggal

Diterbitkan pada Feb 18, 2021 oleh .

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan bermula 26 Februari ini. Sebanyak 605 lokasi telah dikenalpasti sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan 54 lokasi Pusat Simpanan Vaksin (PSV) di seluruh negara. Tetapi Kementerian Kesihatan Malaysia menyedari tidak mempunyai kudrat untuk pergi ke PPV. Oleh itu unit vaksinasi mudah alih akan digunakan.

Unit vaksinasi KKM yang sedia ada akan digunakan bagi menjayakan Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan. Golongan warga emas dan mereka yang sukar untuk pergi ke lokasi PPV akan menerima vaksin di tempat kediaman. Langkah ini adalah sama seperti program vaksinasi Orang Asli di mana kakitangan KKM pergi ke komuniti dan bukan sebaliknya.

Kerajaan berharap selepas program selesai, kesemua rakyat Malaysia akan menerima vaksin menjelang 2022. Bagi golongan yang enggan menerimanya pula, Tan Sir Muhyiddin Yassin berkata mereka mungkin dihalang dari melawati restoran dan pusat membeli belah kerana risiko yang dibawa.


Paling Popular