Apple TV+ Kini Ditawarkan Pada Google TV

Apple TV+ Kini Ditawarkan Pada Google TV

Diterbitkan pada Feb 19, 2021 oleh .

Google hari ini mengumumkan, pengguna Google TV di peringkat global kini boleh mula menikmati aplikasi Apple TV – termasuk Apple TV+. Pengguna yang menggunakan peranti Google TV, termasuk β€œChromecast with Google TV” boleh menikmati aplikasi Apple TV ini.

Dengan penawaran ini, ia sekaligus akan memudahkan pengguna sedia ada dengan peranti Google TV untuk menikmati pelbagai kandungan eksklusif yang ditawarkan melalui Apple TV+.

Malang sekali bagi pengguna Chromecast with Google TV di Malaysia, aplikasi masih tidak boleh dimuat turun dengan amaran ia tidak boleh digunakan oleh peranti. Selain Chromecast with Google TV, sebilangan model televisyen pintar keluaran Sony dan TCL turut boleh memuat turun aplikasi ini.


Paling Popular