Google Memperkenalkan Android 12 Developer Preview Untuk Peranti Pixel

Google Memperkenalkan Android 12 Developer Preview Untuk Peranti Pixel

Diterbitkan pada Feb 19, 2021 oleh .

Google hari ini telah mengumumkan pengenalan Android 12 Developer Preview – iaitu sistem operasi generasi akan datang untuk Android. Buat masa ini, versi ini memfokuskan kepada para pembangun, dan boleh diuji pada peranti Pixel terlebih dahulu.

Dengan penawaran versi pembangunan lebih awal sebelum pelancarannya pada sekitar suku ketiga atau keempat kelak, ia memberikan pembangun lebih masa dalam mengoptimasikan aplikasi masing-masing.

Android 12 Developer Preview ini menyertakan sejumlah ciri-ciri baharu, termasuk sokongan untuk formai fail AV1 untuk kualiti media lebih baik tanpa menggunakan ruangan storan yang besar. 

Disamping itu, sokongan notifikasi diberikan nafas baru untuk memaparkan lebih banyak informasi melaluiya.

Android 12 juga turut memfokuskan kepada privasi, selain akan memudahkan lebih banyak kemaskini ditawarkan elalui Google Play Store. Google turut mengatakan mereka memudahkan lagi penggunaan kata laluan dan sekuriti pada Android 12 ini.

Kita akan melihat secara berperingkat sejumlah ciri-ciri yang disertakan pada Android 12 ini. Buat masa ini, Android 12 Developer Preview ditawarkan untuk Pixel 3 sehingga Pixel 5.

Layari : Android 12


Paling Popular