Cari @ Amanz

WhatsApp kini dilihat sedang menguji sebuah ciri baharu, yang membolehkan anda log keluar daripada perkhidmatan berkenaan. Untuk makluman, buat masa ini, WhatsApp hanya menawarkan ciri untuk memadam akaun atau nyah-pasang sahaja – tetapi dengan ciri log keluar ini, ia akan membenarkan pengguna mematikan aplikasi berkenaan untuk sementara.

Ciri baharu ini dijangka diperkenalkan selari dengan ciri multi-peranti. WhatsApp sedia membangunkan sokongan menggunakan akaun sama pada beberapa peranti lain dalam waktu serentak.

Untuk makluman, pada hari ini, WhatsApp hanya membenarkan ia digunakan pada satu telefon, dan pada web atau desktop. Tetapi, melalui ciri multi-peranti, ia akan membolehkan anda turut menggunakannya pada peranti lain – termasuk pada tablet dan telefon.

Ciri log keluar ini akan melengkapkan sokongan ciri multi-peranti berkenaan. Secara tidak langsung juga, ia akan membenarkan pengguna untuk “rehat sementara” daripada perkhidmatan berkenaan pada penghujung hari.

Buat masa ini, ciri baharu ini dalam pembangunan, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperkenalkan secara rasminya kepada semua.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd