NASA Berjaya Mendaratkan Perayau Perseverance Di Permukaan Marikh

Diterbitkan pada Feb 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Marikh ialah planet terhampir dengan bumi yang dilihat mempunyai potensi untuk dijadikan bumi. Bagi memastikan ia benar-benar layak menjadi penempatan manusia kedua, pelbagai misi proba dan perayau (perayau) telah dilakukan sejak 1960an. Pagi ini perayau Perseverance telah berjaya mendarat di permukaan Marikh untuk melakukan pelbagai lagi ujian saintifik.

Perseverance mendarat di Kawah Jerezo, Marikh selepas melakukan perjalanan sejauh 471 juta kilometer sejak dilancarkan NASA pada 30 Julai 2020. Ia merupakan perayau kelima NASA di belakang Sojourner, Spirit, Opportunity dan Curiosity. Keunikan Perseverance ialah ia mendarat menggunakan sistem Sky Crane – kren roket yang terapung di permukaan Marikh. Dalam misi-misi perayau NASA terdahulu, pendarat dalam beg udara digunakan.

Misi utama Perseverance ialah mencari bukti kehidupan di planet merah dengan perancangan menggunakannya untuk menghantar sampel kembali ke bumi dengan bantuan beberapa misi selepas ini. Turut menjadikan perayau ini unik ialah ia dilengkapi helikopter Ingenuity yang membolehkan ia melalukan tinjauan. Ingenuity ialah pesawat terbang pertama manusia yang diterbangkan di planet lain.

Selepas Perseverance, China juga akan mendaratkan perayau Tianwen-1 mereka antara bulan Mei dan Jun. Pada waktu ini kapal angkasa yang membawa Tianwen-1 telahpun memasuki orbit Marikh pada 10 Februari lalu. Pada waktu yang sama proba Al-Amal dari UAE turut memasuki orbit Marikh minggu lalu. Kali pertama dalam sejarah peradaban manusia tiga negara melakukan misi ke Marikh secara serentak

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami