Cari @ Amanz

Selari dengan pelancaran #MyDigital, Perdana Menteri turut mengumumkan yang mana semua sektor awam dan agensi akan menyediakan kemudahan transaksi nirtunai sebagai pilihan utama menjelang tahun 2022 kelak.

Dengan langkah ini, ia akan menekankan kepada penggunaan dompet digital dan kaedah transaksi nirtunai untuk urusan dengan kerajaan.

Langkah ini akan membolehkan orang ramai beralih dengan lebih pantas ke arah kewangan digital berbanding masih bergantung kepada kaedah transaksi tradisional hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd