Cari @ Amanz

Sebagaimana yang kita ketahui, Samsung turut terkenal dengan penawaran tablet keluaranya di bawah siri Galaxy Tab S dan Galaxy Tab A. Setiap model yang dihasilkan tentunya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing – masing. Bahkan, penghasilannya juga mampu memberi lebih banyak pilihan kepada para pengguna hari ini.

Galaxy Tab S7 Plus

Memetik laporan SamMobile, Samsung sebelum ini dikhabarkan dalam pembangunan tablet baharu dan ianya bukan satu model, tetapi dua sekali. Biarpun belum ada kepastian, namun sumber mengatakan tablet berkenaan adalah Samsung Galaxy Tab S7 Lite dan Galaxy Tab A7 Lite. Kedua-duanya tablet ini juga didapati telah tertiris menerusi beberapa imej tular yang mendedahkan rekaan dan sejumlah spesifikasi padanya.

Melaluinya, kita boleh lihat Samsung Galaxy Tab S7 Lite dipercayai menggunakan saiz skrin yang sama seperti Galaxy Tab S7+ sebelum ini – iaitu sebesar 12.4-inci. Kemudian, ia juga dikhabarkan dilengkapi rangkaian 5G secra terbina dan OneUI 3.1. Sementara itu, Samsung Galaxy Tab A7 Lite pula bakal dilengkapi paparan bersaiz 8.7-inci – yang mana saiznya agak seimbang dan memudahkan penggunaan sebelah tangan. Ia juga akan dilengkapi binaan yang nipis dan pengalaman penggunaan lebih baik. Dalam erti kata lain, Galaxy Tab A7 Lite boleh dikatakan sebuah tablet untuk kegunaan multimedia yang berpatutan.

Buat masa ini, itu sahaja maklumat berkaitan tablet berkenaan yang ditemui. Kedua-dua tablet ini dijangka diperkenalkan pada tahun ini. Namun begitu, Samsung masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan yang tular ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd