Dibawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia, sejumlah inisiatif telah dinyatakan oleh kerajaan, termasuk salah satunya adalah program “My Device” yang ingin memastikan semua pelajar di Malaysia mempunyai akses kepada pembelajaran digital.
Selari dengannya, kerajaan bersama-sama pihak swasta dan rakyat akan memastikan pelajar dibekalkan dengan pelan data dan peralatan untuknya. Peranti berkenaan akan turut ditekankan supaya dilengkapi tetapan keselamatan yang ketat untuk memastikan penggunaan dan kawalan peralatan yang berkesan.
Seperti biasa, pelaksanaan ini akan mengambil kira sejumlah mekanisma, termasuk bergantung kepada pendapatan isi rumah masing-masing.
Kerajaan menyasarkan program “My Device” ini akan menawarkan pengalaman pembelajaran yang lebih baik, selain turut memastikan jurang digital dapat dikurangkan.
Program ini akan dilaksanakan antara 2021 sehingga 2025 kelak, dan memfokuskan pelajar sekolah memperoleh peralatan digital tersendiri.