Carian
#MyDigital – Jalur Lebar Sebagai Utiliti Asas Menjelang Tahun 2025
February 19, 2021 Aman

Dengan penekanan terhadap inisiatif #MyDigital, semestinya infrastruktur akan memainkan peranan penting dalam memastikan capaian internet, sekaligus mengurangkan jurang digital dan menjayakan pelbagai inisiatif berkaitan ekonomi digital.

Selari dengannya, kerajaan menyasarkan untuk menjadikan jalur lebar sebagai infrastruktur asas mandatori untuk memastikan ketersediaan akses internet bagi pembangunan baharu.

Untuk menjayakannya, beberapa pindaan akan dilakukan terhadap undang-undang pada peringkat persekutuan dan negeri untuk memasukkan jalur lebar sebagai infrastruktur asas bagi pembangunan baharu – termasuk kawasan perumahan dan bangunan komersial.

Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan undang-undang berkaitan jalur lebar sebagai utiliti asas pada peringkat persekutuan dan negeeri terselaras menjelang tahun 2025 kelak.

Komen