Samsung Malaysia hari ini mengumumkan kemaskini harga jualan untuk Samsung Galaxy Z Flip. Telefon pintar yang hadir dengan rekaan skrin boleh-lipat ini, telah dijual pada harga RM5888 ketika diperkenalkan tahun lepas. Melalui kemaskini harga jualan hari ini, telefon pintar berkenaan boleh didapati pada harga jualan baru – RM3999.
Samsung Galaxy Z Flip hadir dengan skrin 6.7-inci Dynamic AMOLED yang boleh-dilipat, menggunakan cip Snapdragon 855+, memori 8GB RAM dan storan 256GB. Ia turut menggunakan bateri 3300mAh.
Untuk rakaman gambar, ia dilengkapi bahagian belakang 12MP + 12MP, selain kamera swafoto 10MP.
Bagi anda yang berhasrat mendapatkan telefon dengan skrin boleh-lipat pada harga kompetitif, mungkin Galaxy Z Flip ini salah satu pilihan yang menarik untuk anda pada harga RM3999.
