Apple Mulakan Pencarian Jurutera Untuk Pembangunan 6G

Diterbitkan pada Feb 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada 2020 yang lepas, Apple telah pun memperkenalkan iPhone pertama dengan sokongan rangkaian 5G. Dengan kejayaan berkenaan, Apple sedia menyamai beberapa pengeluar lain, dan kini telah mula melihat kepada pembangunan sistem selular generasi seterusnya – 6G.

Melalui iklan pencarian kerja dan jurutera yang dilakukan oleh Apple, ereka kini sedang mencari jurutera untuk membangunkan teknologi sistem nirwayar generasi akan datang – termasuk untuk pembangunan dan juga rekabentuk cip.

Dengan langkah ini, ia dilihat Apple telah mula melihat kepada arena 6G, dan ingin menjadi terawal dalam memperkenalkan peranti mereka dengan sokongan 6G kelak.

Mengikut beberapa penganalisa, kita dijangka akan melihat pengenalan rangkaian 6G sekitar 2030 kelak. Buat masa ini, piawaian untuknya masih belum diterbitkan lagi oleh badan berkaitan.

Selain Apple, beberapa pengeluar peranti lain turut telah memulakan kajian berkaitan dengan 6G – termasuk pembangun cip, dalam memastikan ketersediaan untuk rangkaian generasi baru berkenaan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami