Jualan diskaun bulanan dan Shopee berpisah tiada. Menjelang bulan Mac ini, mereka bakal mengadakan Jualan Pasar Raya 3.3 dimana pelbagai barangan di platform jualan atas talian tersebut akan hadir dengan sejumlah diskaun yang besar.
Berikutan itu juga, Shopee mengumumkan bermula hari ini sehingga 3 Mac kelak, semua pembelian yang dilakukan melalui Shopee Mart di Lembah Kelang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Pahang dan Pulau Pinang.
Promosi ini terhad kepada kedai-kedai di Shopee Mart yang mempunyai tanda “Penghantaran Pada Hari Berikutnya”, dimana kesemua pembelian yang dilakukan sebelum pukul 12pm akan diproses pada hari yang sama, dan penghantaran hari keesokan akan dilakukan.
Bagi pembelian yang dilakukan selepas pukul 12pm, ia akan diproses pada hari berikutnya, dan penghantaran akan dilakukan pada hari esoknya.
Selain daripada itu, pihak Shopee juga telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat logistik tempatan seperti Parcelhub dan MBE untuk meningkatkan jumlah lokasi drop-off barangan Shopee melalui Shopee Xpress di seluruh negara.
Ini adalah selepas setelah sebuah laporan dikeluarkan yang mengatakan bahawa penghantaran jarak terakhir (last mile) di Malaysia adalah diantara yang paling lambat di Malaysia pada tahun 2020.
Dengan promosi ini, ia juga boleh dikatakan Shopee sedang cuba untuk melihat jika usaha-usaha yang dilakukan oleh mereka mencukupi untuk memastikan kesemua pelanggan-pelanggan mereka di negeri-negeri ini boleh mendapatkan pembelian mereka dengan cepat ataupun tidak.