(Ura-Ura) Samsung Akan Kembali Menggunakan Wear OS Pada Jam Tangan

(Ura-Ura) Samsung Akan Kembali Menggunakan Wear OS Pada Jam Tangan

Diterbitkan pada Feb 19, 2021 oleh .

Samsung pada waktu hanya memasarkan jam tangan pintar yang menggunakan sistem operasi Tizen keluaran kendiri. Ia antara sistem operasi yang baik dengan beberapa ciri yang tidak ditawarkan platform lain seperti rekaan bezel berputar. Sungguhpun begitu, kini mula kedengaran ura-ura Samsung mungkin akan kembali kepada Wear OS.

Samsung Gear Live

Ini ialah menurut ciapan Ice Universe hari ini. Sekiranya benar jam tangan pintar baharu ini adalah yang pertama kembali ke sistem operasi Android sejak Gear Live yang dipasarkan pada tahun 2014. Tiada sebab munasabah Samsung kembali ke Wear OS kerana pasaran jam tangan Tizen sehingga penghujung 2020 adalah lebih tinggi.

Sekiranya berlaku sekalipun ia tidak mengejutkan kerana Google hanya akhir-akhir ini menggandakan usaha untuk meningkatkan penggunaan Wear OS menerusi Oppo dan Xiaomi.


Paling Popular