Cari @ Amanz

Butang Hologram Untuk Mengurangkan Sentuhan Di Tandas Kini Realiti

Link Copied!

Apabila anda ke tandas awam sekarang, adalah normal untuk melihat papan kenyataan mengatakan ia dibersihkan sejam sekali bagi memenuhi keperluan SOP pandemik. Benar ataupun tidak kami tidak ketahui kerana tidak pernah melihat sendiri ia dilakukan. Yang pasti kos menyahkuman permukaan yang disentuh orang ramai seperti pam tandas, pemegang kertas tandas dan sinki pastinya meningkatkan kos operasi.

Di Jepun, sistem canggih seakan fiksyen sains telah dibangunkan untuk mengurangkan sentuhan di dalam tandas. Teknologi Floating Pictogram Technology oleh Murakami Corporation membolehkan butang hologram terapung di udara yang tidak memerlukan sentuhan fizikal. Sensor infra merah mengesan kedudukan jari apabila menekan “butang”.

Tandas di Jepun mempunyai pelbagai butang untuk mengepam tandas, mengawal bidet, suhu air bidet, sistem audio menyembunyikan audio ketika membuang air dan lampu UV nyahkuman. Oleh itu jika butang fizikal digunakan, ia perlu dibersihkan dengan kerap. Selain penggunaan di tandas, Murakami Corporation juga membangunkan butang ATM dan lif hologram atas sebab yang sama.

Ini ialah teknologi yang memang diperlukan di dunia pandemik. Dimulakan dengan tandas dan ATM, kemudian di masa hadapan mungkin hologram gergasi ala Blade Runner dan Ghost In The Shell pula menjadi realiti.


Komen ()