Microsoft Office 2021 Bakal Hadir Untuk Windows Dan Mac Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Feb 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft Office merupakan salah satu perisian produktiviti yang popular – tidak kira dikalangan pengguna pejabat, mahupun di institusi pendidikan.

Terbaru, Microsoft mengesahkan mereka akan melancarkan Office 2021 untuk pengguna Mac dan Windows pada tahun ini.

Untuk makluman, versi ini adalah versi tanpa langganan Microsoft 365, dan merupakan versi yang ditawarkan dalam bentuk memerlukan hanya sekali pembelian sahaja. Walaupun tiada langganan, Microsoft mengatakan Office 2021 akan disokong selama 5 tahun lamanya dari segi sokongan dan kemaskini.

Melalui laman khas yang disediakan, Microsoft turut mengesahkan Office 2021 akan ditawarkan dalam bentuk variasi 32-bit dan 64-bit, selain turut disertakan bersama OneNote.

Microsoft dijangka berkongsi lanjut berkenaan penawaran Office 2021 menjelang pelancarannya yang dijadualkan pada pertengahan kedua 2021 ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami