Rekaan AirPods Baharu Yang Lebih Kompak Tertiris

Diterbitkan pada Feb 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ura-ura AirPods baharu akan dilancarkan tahun ini sudah beberapa kali kami laporan. Antara yang didengari ialah ia adalah versi Lite yang akan ditawarkan pada harga lebih mampu milik. Hari ini rekaan AirPods baharu telahpun tertiris menerusi laman 52 Audio.

Ia menunjukkan rekaan putik telinga yang lebih rata dengan bahagian sensor sesentuh dan sensor dalam telinga yang diubah kedudukannya. Bahagian tangkai juga sedikit lebih pendek dengan pod pengecas yang bersaiz lebih kecil.

Antara spekulasi lain ialah ia bakal menggunakan cip baharu Apple H2, menyokong pembatalan hingar aktif (ANC) dan audio spatial. Kemunculan model fon telinga AiPods generasi ketiga ini akan dinantikan kerana AirPods Pro sudah hampir berusia dua tahun.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami