Huawei MateBook D dilancarkan di Malaysia akhir tahun lalu dengan cip keluaran AMD. Kemudian di China, versi dengan cip Intel diumumkan pada penghujung Disember. Bagi mereka yang inginkan Huawei MateBook D versi Intel ini di Malaysia, ia akhirnya akan mula dijual pada 26 Februari kelak.

Dari segi rekaan, tidak banyak yang berbeza di antara model sebelum ini dan juga model yang akan datang ini. Model MateBook D14 2020 Intel Edition hadir dengan paparan bersaiz 14 inci dengan resolusi HD penuh, cip Intel Core i5 Gen 10, GPU terbina NVIDIA GeForce MX250, memori sebesar 8GB dan storan sebesar 512GB SSD. Sokongan imbasan cap jari pada butang kuasa disertakan bersama dengan pengecasan pantas 65W serta Huawei Share.
Di Malaysia model ini ditawarkan pada harga RM3399 sebuah dan dengan setiap pembelian hadiah bernilai RM249 akan diberikan. Bagi yang berminat Huawei Matebok D 14 2020 Intel Edition boleh dibelia menerusi laman Huawei akan Shopee.