Cari @ Amanz

Asus sedia menjadualkan pengenalan telefon pintar permua mereka pada 10 Mac 2021 kelak, iaitu untuk Asus ROG Phone 5. Apa pun, lebih awal daripadanya, kini DXOMark telah menerbitkan skor untuk tanda aras audio, dan pada masa yang sama memperlihatkan gambar rasmi Asus ROG Phone 5.

Daripada perkongsian DXOMark, mereka mengesahkan ROG Phone 5 akan dijana dengan cip Snapdragon 888, serta ia akan turut hadir dengan sokongan bicu audio 3.5mm untuk pengalaman permua lebih menyeluruh.

Gambar rasmi ini turut mengesahkan Asus ROG Phone 5 akan dilengkapi skrin kedua dibelakang, menyertakan tri-kamera belakang, serta mempunyai butang khusus berwarna merah pada bahagian tepi peranti.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 10 Mac 2021 ini, untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan Asus ROG Phone 5 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd