Spotify Mengumumkan Akan Hadir Dengan Penawaran Penstriman Berkualiti Tinggi – Spotify HiFi

Diterbitkan pada Feb 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Spotify hari ini mengumumkan perancangan memperkenalkan perkhidmatan penstriman berkualiti tinggi, dinamakan sebagai Spotify HiFi.

Spotify HiFi ini akan menawarkan muzik pada kualiti CD, dalam format audio nirhilang – sekaligus meletakkan penawaran muzik Spotify setapak dihadapan berbanding pelbagai pesaing lain di pasaran.

Spotify turut mengatakan pengguna boleh menikmati muzik berkualiti tinggi ini melalui speaker dengan sokongan Spotify Connect.

Buat masa ini, Spotify masih belum mengumumkan harga langganan untuk Spotify HiFi ini, dan mengatakan akan berkongsi lanjut mengenainya kelak pada tahun ini.

Pada hari ini, di pasaran terdapat dua perkhidmatan penstriman dengan sokongan penstriman berkualiti tinggi ini, termasuk Amazon Music dan juga Tidal.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami