Telegram Menguji Sokongan Menjemput Orang Menyertai Group Melalui Kod QR Dan Sokongan Widget

Diterbitkan pada Feb 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Biasanya, apa yang Telegram tawarkan WhatsApp akan ambil inspirasi dan tawarkan versi mereka tersendiri. Walaupun WhatsApp yang dilancarkan dahulu, sebelum Telegram – Telegram menawarkan lebih banyak fungsi dan ciri menarik.

Baru-baru ini, Telegram sedang menguji fungsi yang WhatsApp sudah sekian lama ada – iaitu jemputan ke Group melalui pautan khas atau kod QR. Akhirnya, untuk menyertai sesebuah group dalam Telegram lebih mudah. Pentadbir kumpulan kini boleh menjana pautan khas untuk dikongsi, kemudian ia turut boleh menjana kod QR. Lebih menarik, pautan dan kod QR ini turut boleh ditetapkan tempoh penggunaannya seperti 1 jam, 1 hari sehinggalah tanpa had. Begitu juga dengan tempoh penggunaan, satu kali pautan sudah ditekan, 100 kali atau tanpa had.

Kemudian, pengguna Android akhirnya boleh menambah widget Telegram di skrin utama. Terdapat dua widget, iaitu dalam bentuk ikon atau memanjang. Pentadbir juga kini boleh menetapkan fungsi auto-padam mesej dalam group. Mesej boleh dipadam dalam masa 24 jam atau 7 hari bergantung kepada pentadbir jika ingin padam mesej atau biarkan sahaja.

Akhir sekali, Telegram turut menguji kemampuan Broadcast Group tanpa had peserta. Group biasa turut boleh diubah menjadi Broadcast Group, yang mana hanya pentadbir sahaja boleh menghantar mesej. Tetapi jika Group biasa diubah, secara automatik semua peserta akan hilang tanggungjawab atau kebolehan menghantar mesej.

Semua fungsi baharu ini diperkenalkan dalam Telegram beta versi 7.5. Versi stabil buat masa ini masih lagi dalam versi 7.4, atau pada peranti saya sendiri versi 7.4.2. Bila ia akan dilancarkan? Masih tiada tarikh, tetapi biasanya Telegram akan umumkan melalui laman web rasmi mereka atau mesej di Telegram.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami