Carian
Digi Mengemaskini Pelan Pascabayar Untuk Lebih Mesra Norma Baharu Pandemik
February 23, 2021 Effi Saharudin

Penggunaan Internet seharian berubah mendadak sejak setahun lalu kerana pandemik. Siapa sangka ciri panggilan video yang dahulunya dianggap niche kini dilakukan hampir setiap hari untuk tempoh yang lama. Penstriman video dikurangkan bagi menyimpannya untuk sesi telesidang. Menyedari penggunaan kini berbeza berbanding norma lama, Digi hari ini mengumumkan pelan pascabayar mereka telah dikemaskini bagi memenuhi keperluan harian dunia norma baharu pandemik

Pelan baharu kini ditawarkan dengan bayaran langganan bulan RM40, RM60, RM90, RM120 dan RM150. Setiap satunya dengan kuota data bulanan yang berbeza. Dengan RM40 misalnya kuota data bulanan ialah 10GB manakala pelan RM150 pula menawarkan kuota data 85GB kesemua tanpa kekangan kelajuan Internet.

Pelanggan kemudiannya boleh menambah 6 lagi talian tambahan untuk ahli keluarga dengan potongan bayaran bulanan sehingga 50% ataupun bermula dari RM20 sebulan. Tidak berakhir di situ, pelanggan turut boleh memilih tambahan bulana percuma dalam bentuk rebat Play Store/App Store, kuota tambahan ataupun Mobile Broadband. Turut dikurangkan ialah komitmen bayaran bulanan untuk telefon baharu yang kini serendah RM60 sebulan.

Untuk melihat terma dan syarat serta penawaran baharu dari Digi Postpaid anda boleh pergi ke pautan di bawah.

Komen