Bersempena dengan MWC 2021 yang berlangsung di Shanghai, beberapa pengeluar berkongsi perancangan mereka untuk tahun 2021 ini. Tidak ketinggalan adalah Realme, yang kini mengumumkan strategi dwi-mercu untuk 2021.
Melalui strategi dwi-mercu ini, Realme dilihat akan hadir dengan dua telefon pintar mercu, dengan masing-masing memfokuskan kepada ciri utama yang berbeza.
Peranti mercu pertama akan memfokuskan kepada prestasi, sementara peranti mercu kedua pula dilihat akan memfokuskan kepada ciri kamera.
Ia turut dilihat, Realme akan menggunakan cip keluaran Qualcomm dan juga MediaTek untuk peranti mercu mereka.
Realme dijangka akan memperkenalkan telefon pintar dibawah strategi ini seawal minggu hadapan melalui pengenalan Realme GT.