Anda Boleh Mendapatkan PlayStation 5 Disaluti 4.5 kg Emas Pada Harga RM2 Juta

Diterbitkan pada Feb 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Caviar sedia terkenal dengan penawaran produk-produk elektronik yang disaluti emas. Terbaru, mereka turut hadir dengan penawaran eksklusif untuk konsol PlayStation 5 yang disaluti dengan emas seberat 4.5 kilogram.

Caviar menawarkan hanya sembilan unit konsol ini sahaja, dan ia ditawarkan pada harga $499,999 (sekitar RM2 juta mengikut tukaran mata wang semasa).

Selain konsol yang disaluti emas, Caviar juga akan melengkapkan alat kawalan dengan lapisan kulit buaya dalam menawarkan pengalaamn premium.

Ia diperkatakan Caviar telah menerima lebih seribu permohonan untuk mendapatkan konsol edisi terhad ini setakat ini – memperlihatkan permintaan yang tinggi untuk produk mewah seperti ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami