Samsung Display, salah satu pengeluar panel yang digunakan secara meluas pada peranti pintar, kini dilaporkan sedang membangunkan panel OLED boleh-lipat untuk dibekalkan kepada Oppo, Xiaomi dan Google.
Ini sekaligus memberikan petanda Oppo, Xiaomi dan Google akan memperkenalkan telefon pintar dengan skrin boleh-lipat pada tahun ini.
Oppo dijangka memperkenalkan telefon boleh-lipat atas ke bawah, seumpama Galaxy Z Flip.
Sementara Xiaomi pula dijangka memperkenalkan telefon pintar dengan rekaan seupama Z Fold – dimana skrin dilipat ke dalam.
Ketiga-tiga pengeluar ini dijangka memperkenalkan penawaran masing-masing pada tahun ini.
Sekiranya semuanya berjalan lancar, kita mungkin melihat arena telefon boleh-lipat lebih kompetitif, sekaligus membawa ia kepada penawaran harga mesra poket, serta menguntungkan pengguna untuk mencuba penawaran baharu.