Dua MacBook Pro Baru Dengan Sokongan HDMI Dan Pembaca Kad SD Terbina Dijangka Dilancarkan Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Feb 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple telah sedia diperkatakan bakal hadir dengan MacBook Pro baharu pada tahun ini, dijana dengan cip pemprosesan Apple yang terbaru. Menariknya, selain daripada penggunaan cip pemprosesan terbaru, Apple juga dijangka menyertakan port HDMI dan juga pembaca kad SD secara terbina melalui MacBook Pro baharu ini.

Menurut penganalisa Ming-Chi Kuo, Apple dijangka memperkenalkan dua model MacBook Pro pada pertengahan kedua 2021 kelak.

Laporan terbaru ini selari dengan desas-desus sebelum ini, mengatakan Apple akan menyertakan pembaca kad SD, selain mungkin ditawarkan dalam pilihan saiz 14-inci dan juga 16-inci.

Disamping itu, mengikus desas-desus sebelum juga, Apple dijangka menyertakan kembali ciri pengecas dengan sambungan MagSafe pada komputer riba generasi baharu ini kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami