Carian
PlayStation 5 Dijangka Akan Terus Sukar Diperolehi Sehingga Pertengahan Kedua 2021 Menurut CEO
February 24, 2021 Aman

Sony PlayStation 5 telah dilancarkan pada penghujung 2020 yang lepas, tetapi boleh dikatakan sehingga kini ia sukar diperolehi di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

Salah satu sebab utamanya adalah kerana kekangan pada pengeluaran disebabkan oleh penularan Covid-19 – terutamanya dalam penghasilan cip pemprosesan yang menjana sejumlah peranti elektronik seluruh dunia.

Menyentuh mengenainya, CEO Sony Interactive Entertaiment menyasarkan perolehan stok untuk konsol dijangka meningkat pada pertengahan kedua 2021 ini.

Beliau menyasarkan untuk pengeluaran terus meningkat dari bulan ke bulan sepanjang 2021 ini.

Apa pun, dengan permintaan yang tinggi untuk konsol generasi baharu ini, kita mungkin akan terus sukar untuk melihat penawarannya secara terbuka pada tahun 2021 ini.

Komen