Cari @ Amanz

Minggu lalu Samsung Galaxy F62 dilancarkan di India. Untuk pasaran global ia akan dijenamakan semula menjadi Samsung Galaxy M62 dan ia kini disahkakan akan dipasarkan bermula 3 Mac hadapan.

Iklan di atas muncul di laman Lazada semalam. Bagi yang berminat, Galaxy M62 dilengkapi skrin 6.7-inci Super AMOLED dengan resolusi FHD+ (2400 x 1080 piksel), dijana cip Exynos 9825 yang sebelum ini digunakan pada Galaxy Note 10, memori sehingga 8GB RAM, storan 128GB dan bateri 7,000mAh.

Spesifikasi kamera pula ialah 64-Megapixel (utama) + 12-Megapixel (sudut-lebar) + 5-Megapixel (makro) + 5-Megapixel (kedalaman). Sementara itu, kamera swafoto pula sebesar 32-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari sisi, sokongan Bluetooth 5.0, sistem operasi Android 11, ditawarkan dalam tiga warna berbeza – iaitu Laser Green, Laser Blue serta Laser Grey dan banyak lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd