Perdana Menteri Menjadi Yang Pertama Menerima Suntikan Vaksin Covid-19

Perdana Menteri Menjadi Yang Pertama Menerima Suntikan Vaksin Covid-19

Diterbitkan pada Feb 24, 2021 oleh .

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menjadi yang pertama menerima suntikan vaksin Covid-19, Pfizer-BioNTech di Malaysia. Selain PM, beberapa petugas barisan hadapan lain turut menerima suntikan vaksin dalam meningkatkan keyakinan orang ramai, termasuk Ketua Pengarah Kesihatan.

Vaksin Pfizer-BioNTech ini hadir dengan penawaran dua dos suntikan. Orang ramai yang menerimanya akan meneria suntikan dos kedua dalam tempoh perbezaan 21 hari.

Suntikan vkasin ini akan dilakukan secara berfasa. Fasa pertama yang diadakan sehingga April 2021 kelak akan memfokuskan kepada sekkitar 500,000 orang yang terlibat sebagai petugas baris hadapan.

Fasa kedua akan diadakan antara April sehingga Ogos dengan fokus terhadap mereka yang berisiko tinggi dan berusia 65 tahun ke atas.

Seterusnya, fasa ketiga pula dijangka akan meliputi orang ramai yang berusia lebih 18 tahun. Kerajaan menyasarkan untuk menyelesaikan urusan vaksin ini menjelang Februari 2022 kelak.

Orang ramai boleh melakukan pendaftaran untuk menerima vaksin ini melalui beberapa kaedah, termasuk melalui aplikasi MySejahtera.


Paling Popular