Siri Realme Narzo 30 Kini Rasmi – Dilengkapi Cip MediaTek, Sokongan 5G

Siri Realme Narzo 30 Kini Rasmi – Dilengkapi Cip MediaTek, Sokongan 5G

Diterbitkan pada Feb 24, 2021 oleh .

Realme hari ini telah memperkenalkan siri peranti Realme Narzo 30, dan menyaksikan dua peranti diperkenalkan dibawahnya, iaitu Narzo 30 Pro dan juga Narzo 30A.

Realme Narzo 30 Pro hadir dengan skrin 6.5-inci IPS LCD dengan kadar segar semula sehingga 120Hz, dijana cip MediaTek Dimensity 800U 5G, serta bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan 30W.

Untuk rakaman gambar, Realme Narzo 30 Pro 5G hadir dengan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48MP + 8MP sudut-lebar + 2MP kedalaman. Sementara untuk rakaman swafoto, ia menggunakan sensor 16-megapixel dihadapan.

Realme Narzo 30A pula hadir dengan spesifikasi sedikit rendah, dan bateri berkapasiti lebih besar.

Realme Narzo 30A dilengkapi skrin 6.6-inci IPS LCD pada resolusi 720×1600 pixel, dijana cip MediaTek Helio G85, dan bateri 6000mAh dengan pengecasan 18W.

Untuk rakaman gambar, ia dilengkapi sensor utama 13-megapixel dibelakang, selain dilengkapi kamera swafoto 8-megapixel.

Buat masa ini, kedua-dua peranti ini diumumkan untuk pasaran India sahaja. Memandangkan kita sedia melihat penawaran siri Narzo sebelum ini di Malaysia, kita mungkin boleh nantikan sama-sama supaya Realme Malaysia membawanya masuk ke pasaran tempatan tidak lama lagi.


Paling Popular