Huawei telah lama melancarkan jam tangan pintar mereka yang menggunakan sistem operasi tersendiri. Kelebihan jam tangan mereka ialah bateri yang boleh bertahan sehingga dua minggu berbanding hanya beberapa hari pada Apple Watch, Tizen dan Watch OS. Tetapi platform Lite OS mereka mempunyai kekurangan kerana tiada aplikasi boleh dipasang. Pengguna perlu berpuas hati dengan aplikasi yang terhad.

Tetapi hari ini Huawei mengesahkan jam tangan pintar mereka akan akhirnya menyokong pemasangan aplikasi dari pihak ketika menerusi Huawei Health. Aplikasi awal yang boleh dimuat turun ialah Home Workout, Fit, Offline Map Navigation, Fitify Workouts, Radioline Watch, Prayer Now, TickTick, Infinity Loop Lite, Wodpuz, Math Train, Numpuz, Focus To-Do, dan GPS Tools.
Aplikasi-aplikasi baharu ini boleh dimuat turun menerusi tab Apps di dalam aplikasi Huawei Health. Pada waktu ini Fitify boleh dimuat turun pada jam tangan siri Watch GT 2 Pro dan siri Honor Watch GS Pro. Huawei kini membuka pintu kepada pembangun yang berminat untuk menghasilkan aplikasi untuk jam tangan pintar mereka.