Cari @ Amanz

Vivo pada November lepas telah memperkenalkan antaramuka mereka yang terbaru, dinamakan sebagai Origin OS. Sejak daripadanya, ia turut telah ditawarkan dalam bentuk beta khusus untuk pengguna di China terlebih dahulu.

Dengan perkembangan berkenaan, semestinya ramai yang tertanya bilakah ia akan ditawarkan kepada pengguna global.

Terbaru, menjawab mengenainya, pihak Vivo mengatakan yang mana sistem Origin OS hanya untuk pasaran China sahaja buat masa ini, dan tiada perancangan untuk memperkenalkannya untuk negara lain.

Ini bermakna, pengguna global masih tertakluk kepada penggunaan antaramuka FunTouch OS yang sedia ditawarkan pada peranti Vivo hari ini.

Apa pun, terdapat kemungkinan yang mana perkara ini akan berubah pada masa akan datang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd